Header Ads

SAPS Ibu Bapa 2023 : Semakan Keputusan Online (SAPSNKRA)

SAPS Ibu Bapa 2023 : Semakan Keputusan Online Sekolah Rendah & Menengah. Bagaimana cara semakan keputusan peperiksaan sekolah rendah & sekolah menengah? Panduan buat pelajar atau ibu bapa yang ingin membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan secara online. Untuk makluman, kini anda boleh semak keputusan peperiksaan secara atas talian (online) di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). SAPS Ibu Bapa atau juga dikenali sebagai SAPSNKRA adalah merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibu bapa/ penjaga membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah.

SAPS Ibu Bapa 2021 : Semakan Keputusan Online (SAPSNKRA)

Dalam sistem SAPS menyediakan semakan peperiksaan atau ujian bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk Sekolah Rendah manakala bagi Sekolah Menengah disediakan untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Sistem SAPS turut memaparkan slip peperiksaan, markah penilaian dan kedudukan pelajar dalam kelas. 

SAPS Ibu Bapa 2023 : Semakan Keputusan Online Sekolah Rendah & Menengah 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan peperiksaan online SAPS termasuk memaparkan aplikasi semakan :

Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa


Berikut adalah keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem online SAPS Ibu Bapa iaitu :


● Ujian 1
● Ujian 2
● Peperiksaan Pertengahan Tahun
● Peperiksaan Akhir Tahun
● Peperiksaan Percubaan UPSR
● Peperiksaan Percubaan PT3
● Peperiksaan Percubaan SPM

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Online 


1. Untuk semakan keputusan boleh layari ke laman web KPM http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

2. Sila masukkan 'No. Kad Pengenalan' atau 'Sijil Lahir Pelajar'.

3. Pilih samada Sekolah Rendah atau  Sekolah Menengah dan pilihan Tahun Peperiksaan. 

4. Masukkan kod pengesahan (Capctha) seperti tertera di paparan anda.

5. Klik pada butang 'SEMAK' dan keputusan peperiksaan akan dipaparkan. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.