Header Ads

SAPS NKRA 2023 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

SAPS NKRA 2023 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online. Anda tahu apa itu SAPS NKRA? Panduan buat pelajar atau ibu bapa yang ingin membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan sekolah rendah mahupun menengah. SAPS NKRA atau dikenali sebagai SAPS Ibu Bapa adalah satu sistem online yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk semakan peperiksaan sekolah secara dalam talian. Kewujudan sistem analisis peperiksaan sekolah SAPS adalah untuk membantu ibu bapa atau penjaga memantau prestasi pendidikan anak-anak mereka dengan mudah. Selain itu, anda juga boleh menyemak kedudukan kelas anak-anak anda di dalam sistem SAPS itu.

SAPS NKRA 2021 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

SAPS merupakan sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, JPN, PPD dan sekolah untuk memudahkan analisis dan merekodkam maklumat peperiksaan. Analisis yang dilakukan melalui sistem SAPS Ibu Bapa ini adalah selaras berdasarkan kepada skala gred kebangsaan.

SAPS Ibu Bapa 2023 : Semakan Keputusan Online Sekolah Rendah & Menengah 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang SAPS termasuk memaparkan aplikasi semakan :

Keputusan Peperiksaan SAPS NKRA 


Berikut adalah keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem online SAPS NKRA :

● Ujian 1
● Ujian 2
● Peperiksaan Pertengahan Tahun
● Peperiksaan Akhir Tahun
● Peperiksaan Percubaan UPSR
● Peperiksaan Percubaan PT3
● Peperiksaan Percubaan SPM

Untuk keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak boleh disemak secara online melalui SAPS NKRA. Pelajar perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan slip peperiksaan sebenar. 

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Online 


1. Untuk semakan keputusan boleh layari ke laman web KPM http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/.

SAPS NKRA 2020 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online

2. Sila masukkan nombor sijil lahir atau nombor kad pengenalan anda. Klik pada butang 'CARI'. 

3. Sila masukkan maklumat sekolah pelajar, sekolah terkini atau sebelum ini. Pilih 'Negeri', 'Daerah' dan kemudian 'Nama Sekolah'.

4. Klik pada butang 'SEMAK'. 

5. Kemudian pilih 'Tahun' untuk disemak. Selepas itu, pilih 'Jenis Peperiksaan' yang dikehendaki.

6. Anda diberikan pilihan untuk 'Papar Slip Keputusan' atau 'Papar Markah Peperiksaan'. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.