Header Ads

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2023

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2023. Panduan buat lepasan SPM yang berminat untuk berkhidmat sebagai anggota tentera. Setiap tahun, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membuka permohonan kemasukan sebagai Perajurit Muda untuk pengambilan anggota baru sebagai anggota Lain-Lain Pangkat. Bagi yang berkelayakan boleh memohon Perajurit Muda Tentera Udara secara online di laman web rasmi TUDM. Sebelum mohon pastikan semak syarat kelayakan Perajurit Muda TUDM yang terkini.

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TUDM

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2023


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat asas permohonan Perajurit Muda TUDM termasuk memaparkan syarat fizikal, akademik dan aplikasi permohonan :

A. SYARAT AKADEMIK

1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

B. SYARAT ASAS

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.

3. Penglihatan - boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
Tidak rabun warna.

4. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran.

5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

6. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

C. SYARAT FIZIKAL

1. Tinggi:
-Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
-Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

2. Berat:
-Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
-Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg

3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Cara Permohonan Perajurit Muda TUDM 2021 Online 


1. Untuk mengisi borang permohonan hendaklah daftar akaun di laman web https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/.

2. Kemudian, log masuk ke bahagian pemohon.

3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.

4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Nota :
a. Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
b. Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang pengambilan TUDM, sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM di talian 013-6893814.


Semoga anda berjaya mendapat berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia ambilan 2021. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.