Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Bintara Muda Maritim Gred T5

Gaji, Kelayakan & Tugas Bintara Muda Maritim Gred T5. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Bintara Muda Maritim? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Bintara Muda Maritim Gred T5 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Bintara Muda Maritim Gred T5.

Gaji, Kelayakan & Tugas Bintara Muda Maritim Gred T5

Permohonan dan pengambilan jawatan Bintara Muda Maritim Gred T5 telah dibuka kekosongan jawatan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Bintara Muda Maritim Gred T5 bagi permohonan kerja lepasan PMR/PT3 menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Bintara Muda Maritim Gred T5


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Bintara Muda Maritim Gred T5 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Bintara Muda Maritim Gred T5


Gaji Bintara Muda Maritim Gred T5 sekitar RM1,824.00 sehingga RM5,801.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM150.00.

Syarat Kelayakan Bintara Muda Maritim Gred T5


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa sepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
ii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
iii) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
iv) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
v) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT BINTARA MUDA MARITIM

vi) Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred T5 : RM1,930.18).

Jawatan Bintara Muda Maritim Gred T5 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Bintara Muda Maritim Gred T5


Berikut adalah tugas-tugas Bintara Muda Maritim Gred T5 seperti di bawah :

i. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan; melaksanakan tugas mencari dan menyelamat; mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan; memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar; melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.
ii. Di samping itu, tugas yang dilaksanakan di Zon Maritim Malaysia dan lautan lepas ialah mencari dan menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim; pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik. Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.