Header Ads

Permohonan Program Sayangi Rumahku 2023.(Yayasan Perak)

Permohonan Program Sayangi Rumahku 2023 (Yayasan Perak). Anda ingin memiliki rumah atau baik pulih rumah sedia ada? Panduan buat anda khususnya anak jati negeri Perak yang ingin memiliki rumah sendiri atau baik pulih rumah. Untuk makluman menerusi portal Yayasan Perak, mempelawa bagi yang berkelayakan boleh memohon Program Sayangi Rumahku tahun 2023. Permohonan ini hendaklah dibuat secara online di laman web Yayasan Perak.

Permohonan Program Rumah Perakku 2020 Online

Program Sayangi Rumahku merupakan bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat Perak yang kediamannya mengalami kerosakan atau rumah yang telah uzur. Program ini diperkenalkan untuk membantu golongan keterbawahan dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengiralatarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Permohonan Program Sayangi Rumahku 2023 (Yayasan Perak)  


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Sayangi Rumahku termasuk memaparkan syarat kelayakan, kategori rumah dan aplikasi permohonan :

Kategori Sayangi Rumahku


i. Baik Pulih

Bantuan kepada peserta yang mempunyai  rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,
kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar  rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain. Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000. Tempoh baik pulih antara 2 hingga 4 minggu.

ii. Bina Baru Rumah

Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga iaitu :

-Bina Baru 1 Bilik
-Berkeluasan 340 kaki persegi (20’x17’)
-Kos pembinaan adalah RM30,000

Syarat Kelayakan Program Sayangi Rumahku 


Antara syarat-syarat permohonan Program Sayangi Rumahku adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia dan berkahwin.
Berumur 45 tahun ke atas dan menetap di dalam Negeri Perak dan bermastautin melebihi 10 tahun
2. Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin MPKK
3. Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (Bagi permohonan bina baru)
4. Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
5. Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)

Cara Permohonan Rumah Perakku Online


1. Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat - tempat berikut :-

i. Pejabat Yayasan Perak
ii. Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
iii. Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
v. Muat Turun Borang Permohonan Sayangi Rumahku

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu disertakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu ;

i. Salinan kad pengenalan pemohon
ii.Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
iii. Sebut Harga bagi permohonan Baik Pulih Rumah
iv. Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah
v. Surat Kebenaran Menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah jika tanah hak milik orang lain (Bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja).
vi. Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah

BACA JUGA : Permohonan Program Perak Rumahku

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929/253 7779.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,jika dalam 1geran tanah ada 4 penama,bagaimana?pihak bank akan pegang geran asal atau salinan sahaja?..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.