Header Ads

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup (Borang)

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup (Borang). Bilakah tarikh rayuan permohonan Bantuan Sara Hidup 2020? Panduan buat anda khususnya pemohon BSH yang gagal menerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Bagi pemohon lulus permohonan BSH, anda akan menerima bayaran fasa pertama mulai 20 Januari 2020. Bagi yang gagal, anda boleh mengemukakan rayuan permohonan BSH pada tarikh yang ditetapkan. Tahun 2019, permohonan dibuka pada 1 Julai sehingga 15 Ogos 2019. Permohonan rayuan BSH boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup (Borang)

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup (Borang) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang borang permohonan rayuan BSH termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan :

● 2020 : akan dikemaskini
● 2019 : 1 Julai hingga 15 Ogos 2019
● 2018 : 2 April hingga 31 Mei 2018
● 2017 : 3 April hingga 31 Mei 2017
● 2016 : 15 Mac hingga 15 April 2016

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 


A. Rayuan BSH Online 

1. Layari di laman portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/

2. Klik pada butang rayuan https://bsh.hasil.gov.my/

3. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik pada butang CARI.

4. Anda ke halaman seterusnya dan selesaikan permohonan rayuan anda.

Artikel Berkaitan : Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020 

B. Borang Rayuan BSH (Manual) 

Borang Permohonan BSH 2020 (BK-01) boleh didapati secara  percuma di:

a. Laman portal Rasmi BSH LHDNM;

b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

c. Anda boleh menghantar Borang BSH 2020 di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor

BACA JUGA : Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020

Sebarang pertanyaan tentang SKK, sila hubungi:

Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline MOF: 03 - 8882 4565/ 03 - 8882 4565
Emel: bsh@treasury.gov.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.