Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pertanian Gred G41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pertanian Gred G41. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pegawai Pertanian Gred G41? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Pertanian Gred G41 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Pertanian Gred G41. 


Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pertanian Gred G41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Pertanian telah dibuka kekosongan jawatan di Kementerian/ Jabatan Pertanian. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Pertanian bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Pertanian Gred G41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Pertanian Gred G41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Pertanian Gred G41


Gaji Pegawai Pertanian Gred G41 sekitar RM2,084.00 sehingga RM9,551.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Pegawai Pertanian Gred G41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); Atau
4. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57).

Jawatan Pegawai Pertanian Gred G41 dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Pertanian Gred G41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Pertanian Gred G41 seperti di bawah :

Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan. Memberi khidmat kepakaran teknikal pertanian kepada pelanggan melalui program pengembangan Jabatan

Selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat di pelbagai jabatan.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.