Header Ads

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank (COVID-19) - Loan Rumah/Kereta/Persendirian

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank (COVID-19) - Loan Kereta/Rumah/Persendirian. Satu dunia kini diserang dengan penularan wabak Coronavirus yang telah mengancam ribuan nyawa manusia setakat hari ini. Tak terkecuali juga Malaysia turut mengalami jangkitan COVID-19 dan telah membawa kes kematian. Berita baik buat rakyat Malaysia dimana terdapat 19 bank sedang menawarkan 'PAYMENT HOLIDAY' bagi ansurans loan rumah dan kereta sehingga tempoh enam bulan bagi mengurangkan beban mereka akibat wabak pandemik ini.

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank (COVID-19) - Loan Rumah/Kereta/Persendirian
Foto Kredit : kakiproperty

Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank (COVID-19) - Loan Rumah/Kereta/Persendirian


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang penangguhan bayaran pinjaman bank akibat COVID-19 termasuk memaparkan definisi Moratorium, syarat kelayakan, produk pinjaman dan senarai bank yang menawarkan :

Definisi Moratorium


Moratorium adalah penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran bulanan pinjaman dengan pihak Bank sehingga 6 bulan.

Syarat Kelayakan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19 


a. Individu yang terkesan akibat COVID-19 iaitu cuti tanpa gaji atau diberhentikan

b. Pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19

PRODUK PINJAMAN YANG DIBENARKAN PERNIAGAAN 

Antara produk-produk pinjaman yang dibenarkan penangguhan hanyalah seperti berikut :

  • Pembiayaan peribadi
  • Pinjaman rumah
  • Sewa beli kereta
  • Kad kredit
  • Pinjaman SME
  • Overdraft

* Kelulusan adalah tertakluk kepada Bank masing-masing

Cara Permohonan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank COVID-19 


1. Permohonan boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.

2. Minta borang Moratorium COVID-19 daripada bank yang dikehendaki dan lengkapkan borang permohonan tersebut.

DOKUMEN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman bank:

Individu:

  • Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
  • Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
  • Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)

Pemilik Perniagaan:

  • Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
  • Pesanan yang telah dibatalkan
  • Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)

SENARAI BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN

Permohonan boleh dibuat di bank-bank yang menawarkan pinjaman sama ada melalui kaunter atau menerusi telefon. Rujuk nombor telefon di bawah :

1. Association Of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) : 03-20268002/8003
2. Affin Islamic Bank Berhad : 03-82302222
3. Agrobank : 1300-88-2476
4. Alliance Islamic Bank Berhad : 03-55169988
5. AmBank Islamic Berhad : 03-21788888
6. Bank Islam Malaysia Berhad : 03-26900900
7. Bank Muamalat Malaysia Berhad : 1-300-88-8787
8. Bank Rakyat : 1300-80-5454
9. Bank Pembangunan Malaysia Berhad : 03-26113888
10. Bank Simpanan Nasional : 1300-88-1900
11. CIMB Islamic Bank Berhad : 03-62047788
12. Hong Leong Islamic Bank Berhad : 03-76268899
13. HSBC Amanah Malaysia Berhad : 1300-88-2626
14. Maybank Islamic Berhad : 1300-88-6688
15. MBSB Bank : 03-20963000
16. Public Islamic Bank Berhad : 1800-22-5555
17. OCBC Al Amin Bank Berhad : 03-83149310
18. RHB Islamic Bank Berhad : 03-92068118
19. SME Bank : 03-26037700
20. Standard Chartered Saadiq : 1300-88-8888

Sumber : AIBIM

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Kewangan RM600 PERKESO 

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.