Header Ads

Semakan Status Skim Air Darul Ehsan 2022-2024 Online (SADE)

Semakan Status Skim Air Darul Ehsan 2022-2024 Online (SADE). Nak semak status Skim Air Darul Ehsan? Perhatian buat rakyat negeri Selangor yang telah membuat permohonan Skim Air Darul Ehsan (Air Percuma Selangor) tahun 2022-2024. Untuk makluman, kini pemohon boleh menyemak status Skim Air Darul Ehsan secara atas talian (online) menerusi laman web http://www.ssipr.selangor.gov.my/. Pendaftaran SADE akan dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024.

Semakan Status Skim Air Darul Ehsan 2022-2024 Online (SADE)

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor bagi golongan yang berpendapatan isi rumah RM5,000 sebulan dan ke bawah. Permohonan ini telah dibuka semula kepada mereka yang berkelayakan sehingga 31 Disember 2024 secara atas talian di portal www.ssipr.selangor.gov.my.

Semakan Status Skim Air Darul Ehsan 2022-2024 Online (SADE) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Air Darul Ehsan termasuk aplikasi semakan dan permohonan rayuan :

Apa Itu Skim Air Darul Ehsan?


Skim Air Darul Ehsan adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor.

Cara Semak Status Skim Air Darul Ehsan Online 


1. Semakan status SADE boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/semakan-sade

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan Nombor Akaun Air Selangor di ruangan yang disediakan.

3. Status permohonan akan dipaparkan sama ada lulus atau gagal.


Permohonan Rayuan Skim Air Darul Ehsan 2022-2024 


Pemohon perlu melengkapkan permohonan dengan maklumat yang terkini melalui portal SSIPR secara atas talian atau dengan menghantar borang permohonan ke iprair@airselangor.com atau mana-mana
Kaunter Perkhidmatan di 10 Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.