Header Ads

Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor Khas RM250/RM500

Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor Khas RM250/RM500. Berita baik buat warga Johor yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, kerajaan Negeri Johor mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Ihsan Johor Khas kepada golongan B40 dan M40 yang tidak menerima Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Sara Hidup. Bagi penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM250 sehingga RM500 mengikut kriteria yang ditetapkan. Permohonan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan dan hantar ke Pusat Saluran atau melalui Ketua Kampung/Penghulu.

Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor Khas RM250/RM500

Borang Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Johor Khas RM250/RM500 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar bantuan dan cara permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor


Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Ihsan Negeri Johor adalah seperti berikut:

1. Warganegara / Bukan Warganegara
2. Menetap di Negeri Johor
3. Berumur 18 tahun ke atas
4. Maklumat lengkap beserta Salinan Kad Pengenalan / Passport

Senarai Golongan Sasaran Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor 


Kerajaan negeri Johor menyasarkan bantuan ini kepada golongan seperti berikut :
  • Orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
  • Orang perseorangan atau isi rumahnya yang ada menerima bantuan tetapi wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan.
  • Lain-lain orang perseorangan atau isi rumah warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.
  • Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Johor kepada isi rumah bukan warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.

KADAR BANTUAN 

RM250 - RM500 mengikut kriteria yang ditetapkan 

Cara Mohon Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor 


1. Anda perlu Muat Turun Borang Permohonan (Lampiran A)  dan perlu dicetak untuk dilengkapkan. Nak muat turun Lampiran A klik link di bawah :

Borang Permohonan (Lampiran A) 

Lampiran A

2. Hantar borang yang lengkap kepada ejen-ejen yang dilantik melalui empat pusat saluran utama :
  • Pejabat Menteri Besar
  • Pejabat-pejabat Daerah
  • Pihak-pihak Berkuasa Tempatan
  • Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
3. Pusat Saluran akan proses borang anda dengan memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor.

4. Bagi pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan TIDAK perlu dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan itu perlu dihantar ke Bilik Gerakan.

Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor 


Keputusan setiap permohonan yang telah diterima sama ada berjaya atau pun gagal akan dimaklumkan melalui sistem e-IHSAN Johor kepada semua Pusat Saluran.

Nota : Sekiranya permohonan anda berjaya, pembayaran akan dilakukan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electronic Fund Transfer (EFT) untuk pemohon yang ada maklumat akaun bank . Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran. Keputusan setiap permohonan dan status pembayaran akan dimaklumkan kepada pemohon oleh Pusat Saluran berkaitan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian Bilik Gerakan:

No. Tel : 07- 266 6766
Emel : ihsancovid19@johor.gov.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.