Header Ads

Cara Daftar Akaun SPA9 2024 Kerja Kerajaan

Cara Daftar Akaun SPA9 2024 Kerja Kerajaan. Nak daftar akaun SPA9 secara online? Panduan buat anda yang ingin memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam tahun 2024. Untuk makluman, bermula 28 September 2020 permohonan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi SPA9. Kini, SPA9 akan menggantikan sistem SPA sebelum ini dimana pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akan pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu mendaftar semula.


Cara Daftar Akaun SPA9 2024 Kerja Kerajaan


SPA9 adalah merupakan sebuah portal kerja kerajaan bagi mencari pekerjaan kosong di sektor perkhidmatan awam. Permohonan jawatan kosong SPA adalah dibuka sepanjang tahun mengikut jawatan tertentu yang melibatkan pemohon dari lepasan PT3, SPM, Diploma dan Ijazah.


Cara Daftar Akaun SPA9 2024 Kerja Kerajaan 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran SPA9 termasuk memaparkan cara daftar dan login akaun :


Apa Itu SPA9? 


Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) merupakan penambah baikan daripada sistem sedia ada iaitu SPA8i. SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. 


SPA9 telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.


SPA Guna Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA9 Mulai 28 September 2020




Pendaftaran Akaun Baru SPA9 Online


Berikut adalah cara pendaftara masuk SPA9 iaitu :


1. Pemohon perlu membuat pendaftaran secara atas talian (online) menerusi portal https://spa9.spa.gov.my/login


2. Klik 'Pendaftaran Pengguna'.


3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul. Pastikan semua medan bertanda * diiisi.



4. Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untuk mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan(reset).


5. Masukkan kata laluan dan kod keselamatan. 


6. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran tersebut. 


7. Setelah itu, klik pada butang 'DAFTAR'. 


Nota :


a. Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja. 

b. Bagi anda yang nak dapatkan 'Panduan Pengguna PDF' sila ke laman https://spa9.spa.gov.my/manual/Manual_Pengguna_SPA9.pdf


Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA https://www.aduan.spa.gov.my.


BACA JUGA : Cara Login Masuk SPA9 Online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.