Header Ads

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pengawal Keselamatan Gred KP11

 Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Penguasa Bomba Gred KB29/ KB41 (2021). Anda calon Pengawal Keselamatan? Tahniah diucapkan kepada mereka yang menerima surat panggilan untuk pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan bagi Pengawal Keselamatan Gred KP11 tahun 2021. Seperti mana anda tahu, jawatan Pengawal Keselamatan adalah antara salah satu jawatan yang memerlukan ujian fizikal & pancaindera. Untuk makluman menerusi portal SPA mengumumkan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diadakan bermula pada 1 April hingga 2 April 2021. 


Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pengawal Keselamatan Gred KP11



Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan Pengawal Keselamatan Gred KP11


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan bagi jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 :

Ujian Pemeriksaan BMI


Anda perlu mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal seperti yang berikut :

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.

iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

Ujian Vision Acquity


Anda perlu mempunyai syarat-syarat pancaindera seperti yang berikut :

i. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata.

ii. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

iii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19
Kredit : wikipedia

Ujian Pemeriksaan Tubuh Badan


Untuk ujian ini pemeriksaan tubuh badan akan dilakukan untuk memastikan anda dalam keadaan sihat dan cergas. Dalam pemeriksaan ini anda akan ditanya pernah menjalani pembedahan sebelum ini.

Ujian Berkawad


Bagi anda yang pernah menyertai badan beruniform seperti PKBM, BOMBA, POLIS dan sebagainya ketika sekolah dahulu sudah pastinya tidak kekok untuk menjalani ujian berkawad. Ujian ini dilakukan untuk memastikan lutut dan tangan tidak bengkok.

Ujian Kecergasan     


Setelah anda melepasi semua ujian di atas, maka anda bakal lalui ke fasa Ujian Kecergasan. Untuk ujian ini anda benar-benar mempunyai fizikal yang kuat untuk menjalani beberapa aktiviti seperti berikut ;

1.Mengangkat Pemberat Seberat ;
i. Lelaki – 54 kilogram
ii. Perempuan – 46 kilogram

2.Menjulang dan menegakkan tangga Ajax ;

3.Memanjat tangga penyelamat setinggi 16.5 meter;

4.Memanjat tali setinggi 4.75 meter.

Selamat menjalani ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi Pengawal Keselamatan. 

3 ulasan:

  1. Nak tanya bila bermulanya peperiksaan ke 2 untuk pancandeira kp 11 cgso

    BalasPadam
  2. Minta bantuan bila tarikh ujian fizikal pengawal keselamatan kp11 sabah,sbb sa sda lulus ujian online yg di adakan pd oktober 2020..smpai skg sa blum dpt pngilan...

    BalasPadam
  3. Kenapa hari itu sudah lulus ujian kpp 11 sekali cek dlm sistem hilang tu jawatan pergi mana ye...knpa.pndai hilang...plz tlong respon.tq

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.