Header Ads

Semakan Bil Air Johor 2023 Online SAJ (Login)

Semakan Bil Air Johor 2023 Online SAJ (Login). Nak bayar bil air Johor? Panduan buat rakyat Negeri Johor yang ingin menyemak atau bayaran bil air Johor secara online tahun 2023. Untuk makluman, Ranhill SAJ Sdn Bhd menyediakan satu portal online iaitu e-biling Ranhil SAJ untuk memudahkan bayaran bil secara atas talian menerusi laman web rasmi https://ranhillsaj.com.my.


Semakan Bil Air Johor 2023 Online SAJ (Login)


Ranhill SAJ Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Ranhill Holdings Berhad adalah merupakan sebuah syarikat pembekalan air bersepadu yang terlibat dalam proses rawatan air dan pengagihan air yang telah dirawat di negeri Johor.


Semakan Bil Air Johor 2023 Online SAJ (Login)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bil air Johor termasuk memaparkan cara daftar, login dan semakan :

Cara Daftar Bil Air SAJ Online


1. Untuk pendaftaran akaun buat pertama kali sila layari ke portal Ranhill SAJ https://ebilling.ranhillsaj.com.my/.

2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan sahih.

3. Pilih Account Type dan klik Submit.

4. Anda akan menerima email pengesahan daripada SAJ. Sila klik link dalam email tu, untuk proses pengesahan untuk aktifkan akaun pendaftaran anda.


Cara Semak Bil Air SAJ 2023 Online


1. Untuk semakan bayaran, sila login akaun SAJ menerusi pautan https://ebilling.ranhillsaj.com.my/ebilling_live/Login.aspx

2. Klik E-Billing.

3. Masukkan Username dan Password, klik Sign In

4. Anda akan di bawa ke halaman Dashboard SAJ.

5. Jika Anda mempunyai tunggakan atau bil, maklumat amaun akan di paparkan di bahagian Outstanding Balance Cek.

6. Sila klik Pay Now untuk bayar bil air melalui online transfer.

7. Masukkan User ID akaun bank Anda dan klik Login.

8. Pastikan Nombor Akaun Anda dan Jumlah bayaran adalah betul.

9. Paparan skrin pengesahan pembayaran akan terlihat.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :


Ranhill SAJ Sdn Bhd 199901001818 (476718-H)

Jalan Garuda, Larkin,

80350 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim

No. Tel : (+60)7-225 5367/225 5368/224 4040

No. Fax : (+60)7-223 5353

Email : customer.care@ranhill.com.my


BACA JUGA : Cara Daftar SYABAS Online 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.