Header Ads

Contoh Cover Letter Internship Terbaik (Latihan Industri)

Contoh Cover Letter Internship Terbaik (Latihan Industri). Nak buat permohonan kerja untuk latihan industri? Panduan buat pelajar yang ingin membuat cover letter untuk permohonan kerja di sektor kerajaan atau swasta. Untuk pengetahuan, kebanyakan mereka masih tidak tahu bagi seseorang yang baharu sahaja masuk bidang pekerjaan, anda perlukan contoh cover letter terbaik. Dengan adanya cover letter dapat menarik minat majikan untuk memilih anda sebagai pekerja di jawatan yang dikehendaki. Persoalannya, bagaimana cara menulis cover letter yang terbaik? Untuk memudahkan anda, dikongsikan contoh dan cara menulis cover letter yang ringkas dan terbaik. 


Contoh Cover Letter Internship Terbaik (Latihan Industri)


Contoh Cover Letter Internship Terbaik (Latihan Industri)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cover letter untuk permohonan latihan industri termasuk memaparkan isi kandungan, cara menulis dan contoh :


Apa Itu Cover Letter?



Surat iringan atau bahasa Inggeris dikenali sebagai cover letter adalah dokumen yang sering disertakan dengan resume dalam permohonan kerja. Ia memperkenalkan anda, kemahiran dan pengalaman anda serta butiran mengapa anda memohon jawatan tersebut.


Terdapat dua topik utama yang perlu anda sertakan dalam surat iringan anda iaitu mengapa anda calon yang sesuai untuk pekerjaan itu dan sebab anda berminat untuk bekerja di syarikat yang anda mohon tersebut. 


Cara Menulis Cover Letter Terbaik


Untuk menjadikan cover letter terbaik anda perlu memastikan selaras dengan butir-butir yang terkandung dalam resume anda dan disampaikan dalam beberapa perenggan dengan struktur yang ringkas dan baik. Antaranya isi kandungan yang diperlukan iaitu ;


  • Alamat dan pengenalan diri anda termasuk alamat penerima
  • Tarikh hari ini
  • Panggilan yang betul seperti Encik, Tuan, Cik Puan
  • Tujuan surat itu termasuk butiran jawatan yang ditawarkan
  • Tunjukkan minat anda terhadap jawatan yang dikehendaki
  • Tunjukkan yang anda bersungguh-sungguh ambil tahu tentang syarikat tersebut


Contoh Cover Letter Dalam Bahasa Melayu 


Maimunah Binti Muhammad

No 73, Jalan Rajawali 5,

51300 Kemaman, Terengganu

maimunah@gmail.com

012 444 0000


27 November 2019


Kepada:


Pengurus Sumber Manusia,

Laju Palm Oil Sdn. Bhd.


Tuan,


PERMOHONAN KERJA SEBAGAI EKSEKUTIF AKAUN


Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan akhbar Berita Harian bertarikh 20 Oktober 2019. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.


Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Leng Hoong Industries Sdn. Bhd. sebagai kerani kanan akaun. Saya telah dinaikkan jawatan daripada kerani akaun pada tahun 2007 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma bidang perakaunan dari Kolej Komuniti Jempol.


Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi pengeksport utama minyak sawit ke negara China. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar.


Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan. Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Yang benar,

—————————————

(Nama dan Tandatangan)


Contoh Cover Letter Internship Terbaik (Latihan Industri)

Contoh Cover Letter Internship Terbaik (Latihan Industri)

Contoh Cover Letter Internship Terbaik (Latihan Industri)



Rahsia Dan Tips Temuduga 


Bagi anda yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga pastikan anda mengetahui tips-tips untuk memikat hati panel temuduga dengan mudah. Dalam rujukan khas ini telah kongsikan cara susun sijil, template temuduga, resume, tips pemakaian dan semasa temuduga. 


Untuk dapatkan ebook temuduga sila ke pautan SINI.


BACA JUGA : Contoh Cover Letter Untuk Fresh Graduate

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.