Header Ads

Cara Mohon Tempat Internship Dengan Betul Melalui Emel

Cara Mohon Tempat Internship Dengan Betul Melalui Emel. Nak mohon tempat internship? Panduan buat mereka yang sedang mencari tempat untuk bekerja atau latihan industri. Sebelum membuat permohonan kerja atau memilih tempat latihan industri di mana-mana syarikat, sebaik-baiknya anda kaji dahulu latar belakang company tersebut. Permohonan yang perlu dibuat sebaiknya melalui emel. Namun, persoalannya bagaimana cara nak menulis untuk permohonan latihan industri yang betul dan berjaya menarik minat majikan tersebut. Berikut adalah panduan atau tips nak mohon internship di sesebuah syarikat di sektor awam atau swasta.


Cara Mohon Tempat Internship Dengan Betul Melalui Emel


Cara Mohon Tempat Internship Dengan Betul Melalui Emel


Berikut adalah maklumat tentang permohonan internship atau latihan industri termasuk memaparkan cara menulis dan mohon :


1. Senaraikan Syarikat 


Senaraikan dulu company yang anda nak mohon. Pastikan dapat emel syarikat tersebut sebelum melakukannya. Antara laman web atau portal yang menyediakan senarai tempat praktikal iaitu JobStreet, Indeed, MauKerja, Mystarjob dan banyak lagi.


2. Proper Emel 


Guna nama email yang proper berdasarkan nama anda sendiri. Jangan guna emel contohnya seperti wawamantap@gmail.com pula. Sebaik-baiknya guna GMAIL.


3. Letak Subjek Emel


Pastikan anda letak subjek emel untuk memudahkan kerja HR. Contoh subjek emel seperti gambar di bawah.


Cara Mohon Tempat Internship Dengan Betul Melalui Emel
Dot Kredit : Twitter Azhar Amran


4. Pembuka Kata/ Greeting


Pastikan ada greeting dulu untuk menunjukkan tanda hormat anda kepada orang lain. Antara greeting yang sesuai digunakan iaitu Dear Sir, Hi Sir, Assalamualaikum dan lain-lain.


5. Mini Cover Letter 


Selepas itu, anda perlu buat ayat sedikit untuk pengenalan diri dan minat anda. Tulis lebih kurang macam cover letter tetapi ayat yang dituliskan biar ringkas dan padat.


Cara Mohon Tempat Internship Dengan Betul Melalui Emel


6. Attach File Berkaitan


Kemudian, anda boleh attach mana-mana file yan diperlukan seperti resume dan porttolio anda. Nak lebih baik sertakan sekali cover letter yang lengkap. 


Artikel Berkaitan : Cara Menulis Resume Dengan Betul


7. Tunggu Respon Dari Syarikat


Selepss sudah menghantar emel ke alamat syarikat tersebut, tunggu sahaja maklumbalas daripada mereka. Sekiranya rasa macam dah lebih 3 hari kemaskini balik dengan pihak syarikat dengan membuat panggilan.


8. Persiapan Temuduga


Sekiranya anda berjaya untuk menghadiri interview, seharusnya anda siap-siap print segala apa yang dah attach dulu dalam email.


9. Kaji Selidik Syarikat Dipohon


Sebelum menghadiri temuduga pastikan anda telah study background syarikat yang dimohon. 


10. Minta Maklumbalas


Selepas habis interview dalam tiga atau empat hari anda boleh membuat panggilan dengan company tersebut untuk tanya maklumbalas sama ada diterima atau ditolak permohonan.


Rahsia Dan Tips Temuduga 


Bagi anda yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga pastikan anda mengetahui tips-tips untuk memikat hati panel temuduga dengan mudah. Dalam rujukan khas ini telah kongsikan cara susun sijil, template temuduga, resume, tips pemakaian dan semasa temuduga. 


Untuk dapatkan ebook temuduga sila ke pautan SINI.


BACA JUGA : Contoh Cover Letter Untuk Fresh Graduate

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.