Header Ads

Harga Lesen Memandu 2023 Kereta & Motosikal Terkini

Harga Lesen Memandu 2023 Kereta & Motosikal Terkini. Berapa harga lesen memandu kereta dan motosikal terkini? Panduan buat anda yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal tahun 2023. Bagi anda yang genap usia 16 tahun boleh memiliki lesen antaranya iaitu lesen motor B2 dan superbike BFull. Manakala lesen memandu kereta pula anda perlu memenuhi syarat kelayakan umur iaitu 17 tahun dan ke atas. Berikut adalah senarai kadar bayaran yang ditetapkan bagi lesen memandu kereta dan motosikal.

Harga Lesen Memandu 2023 Kereta & Motosikal Terkini


Lesen memandu merupakan satu dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas. Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan. 

Harga Lesen Memandu 2023 Kereta & Motosikal Terkini 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang lesen memandu kereta dan motosikal terkini termasuk memaparkan jenis lesen dan harga anggaran :

Jenis Lesen Memandu Kenderaan 


KATEGORI                       JENIS KELAS

Lesen Motosikal Tidak                B2
Melebihi 250cc

Lesen Motosikal                            B
Melebihi 500cc

Lesen Kereta Transmisi              D
Manual

Lesen Kereta Transmisi             DA
Automatik

Kadar Bayaran Yuran Lesen Memandu Kenderaan


KATEGORI                    HARGA ANGGARAN

Lesen Motosikal Tidak      RM 350-RM 500
Melebihi 250cc (B2)

Lesen Motosikal Melebihi  RM 900-RM 1,050
500cc (B)

Lesen Kereta Transmisi  RM 1,150-RM 1,250
Manual (D)

Lesen Kereta Transmisi  RM 1,250-RM 1,450
Automatik (DA)

* Harga lesen memandu kenderaan akan ada perbezaan mengikut institut memandu masing-masing.

BACA JUGA : Semakan No Plat Kenderaan Terkini 

1 ulasan:

  1. Hm kenapa tak turunkan had umur jadi 15 tahun please.. Saya kalau had umur dah turun 15/14 saya dah ambil lesen dah, tk kira lah berapa harga dia, tpi tula ☹️

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.