Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Jururawat Gred U29

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29| Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Jururawat U29. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Jururawat Gred U41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Jururawat Gred U29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong jururawat Gred U29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Nantikan pengumuman pengambilan jururawat 2017/18 pada bila-bila masa. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Jururawat Gred U29 bagi permohonan kerja lepasan ijazah menerusi SPA.




Gaji, Kelayakan & Tugas Jururawat Gred U29


Berikut adalah informasi tentang jururawat Gred U29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Jururawat U29


Gaji Jururawat Gred U29 sekitar RM1,797.00 sehingga RM5,753.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Jururawat Gred U29 pula berjumlah RM145.


Syarat Kelayakan Jururawat U29


● Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Jururawat Gred U29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deksripsi Tugas Jururawat U29


Berikut adalah tugas-tugas Jururawat Gred U29 seperti di bawah :

1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/ elektrik.
2. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
3. Membantu doktor menentukan jenis penyakit misalnya menguji dengan cara elektrik.
4. Membuat pesanan bekalan peralatan.
5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.

Tugas-tugas Lain Jururawat U29

◎ Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

1. Perawatan Kesihatan Keluarga
● Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak
● Perkhidmatan lawatan ke rumah
● Perkhidmatan kesihatan di sekolah
● Perkhidmatan perancang keluarga
● Pendidikan kesihatan

2. Menyelia
● Menyelia pekerja-pekerja 'Auxiliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi
● Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

3. Pentadbiran
● Mentadbir klinik
● Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah
● Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan
● Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kewasan operasi.

◎ Tugas-tugas Jururawat di Hospital

1. Menjaga pesakit seperti mengurus, melayan makan minum, menjaga kebersihan pesakit, merawat ibu selepas bersalin dan merawat bayi selepas kelahiran.
2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas kejururawatan.
3. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
4. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

 

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas jururawat Gred U29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.