Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Jururawat Gred U41

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Jururawat Gred U41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Jururawat boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Jururawat U41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Jururawat Gred U41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong jururawat Gred U41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Nantikan pengumuman pengambilan jururawat pada bila-bila masa. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Jururawat Gred U41 bagi permohonan kerja lepasan ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Jururawat Gred U41


Berikut adalah informasi tentang jururawat Gred U41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Jururawat U41


Gaji Jururawat Gred U41 sekitar RM2,429.00 sehingga RM9,656.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Jururawat Gred U41 pula berjumlah RM225.


Syarat Kelayakan Jururawat U41


Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Jawatan Jururawat Gred U41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 


Deksripsi Tugas Jururawat U41


Berikut adalah tugas-tugas Jururawat Gred U41 seperti di bawah :

1. Fungsi Klinikal/ Penguatkuasaan
● Pemantauan Kejuruwatan
● Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/ klinik/ unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
● Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
● Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas jururawat Gred U41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.