Header Ads

Senarai Tugas Jururawat dan Kerjaya Jururawat

Senarai Tugas Jururawat dan Kerjaya Jururawat. Mungkin ada yang berminat mahu menjadi seorang jururawat kerajaan atau swasta, tetapi masih kurang jelas dengan profesion kerjaya ini. Jika anda lihat kerjaya jururawat lebih cenderung kepada kaum wanita dek kerana sifat kelembutan mereka yang sesuai untuk pekerjaan ini. Jururawat bukan sahaja tugasnya dilihat seperti kebiasaannya di hospital membantu pesakit, tetapi sebenarnya anda perlu mengetahui lebih jelas tugas sebagai jururawat.

Senarai Tugas Jururawat dan Kerjaya Jururawat

Senarai Tugas Jururawat dan Kerjaya Jururawat 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kerjaya jururawat yang berkaitan dengan gaji jururawat, tugas jururawat dan syarat lantikan jururawat mengikut gred seperti di bawah ;


Gaji Jururawat


Jika sebut saja pasal gaji ia cuma anggaran kerana ia bergantung situasi semasa dan imbuhan lain. Bidang kerjaya sebagai jururawat ini dibahagikan kepada 4 gred iaitu U29, U32, U36 dan U41 dan terdapat di kumpulan Pelaksana/ Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) di bawah Kementerian Kesihatan.


Syarat Lantikan / Kelayakan Jururawat 


● Warganegara Malaysia
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Lantikan ke Gred U29
● Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

Lantikan ke Gred U41
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Baca juga : Gaji, Kelayakan dan Tugas Jururawat Gred U41


Tugas Jururawat


◎ Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

1. Perawatan Kesihatan Keluarga
● Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak
● Perkhidmatan lawatan ke rumah
● Perkhidmatan kesihatan di sekolah
● Perkhidmatan perancang keluarga
● Pendidikan kesihatan

2. Menyelia
● Menyelia pekerja-pekerja 'Auxiliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi
● Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

3. Pentadbiran
● Mentadbir klinik
● Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah
● Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan
● Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kewasan operasi.

◎ Tugas-tugas Jururawat di Hospital

1. Menjaga pesakit seperti mengurus, melayan makan minum, menjaga kebersihan pesakit, merawat ibu selepas bersalin dan merawat bayi selepas kelahiran.
2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas kejururawatan.
3. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
4. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

Apa yang penting menjadi seorang jururawat adalah mental dan fizikal perlulah kuat tahap tinggi kerana anda perlu melayan karenah dan ragam pesakit yang boleh menimbulkan masalah di luar jangkaan anda. Buat anda yang berminat bekerja sebagai jururawat kerajaan dan swasta, boleh buat permohonan kerja jururawat melalui sistem SPA.


Selain itu, anda perlu dapatkan bahan rujukan dan Panduan Lengkap Kerja Jururawat menerusi pautan di bawah.

>> Panduan Lengkap Lulus Temuduga Jururawat

Selamat maju jaya kepada calon baru jururawat yang bakal menggalas tanggungjawab ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.