Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Arkitek Gred J41

Gaji, Kelayakan & Tugas Arkitek Gred J41 | Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Arkitek J41. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Arkitek Gred J41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Arkitek Gred J41  akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Kerja Raya Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Arkitek J41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah/ Master menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Arkitek Gred J41


Berikut adalah informasi tentang Arkitek J41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Arkitek Gred J41


Gaji Arkitek Gred J41 sekitar RM2,529.00 sehingga RM9,643.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Arkitek Gred J41 pula berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Arkitek Gred J41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,736.28).
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Arkitek Gred J41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Arkitek Gred J41


Berikut adalah tugas-tugas Arkitek J41 seperti di bawah :

1. Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project's brief).
2. Melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).

Baca juga :
● Contoh Soalan Temuduga Arkitek Gred J41

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Arkitek Gred J41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.