Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penerangan S29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penerangan S29 | Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Penerangan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Penerangan S29. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penerangan S29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Penerangan S29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma/ Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Penerangan S29 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penolong Pegawai Penerangan S29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Penolong Pegawai Penerangan S29 


Gaji Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 sekitar RM1,493.00 sehingga RM5,672.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00).
● Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00).
● Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penerangan Gred S29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Penerangan S29 seperti di bawah :

1. Kementerian Penerangan bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc' di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.
2. Kementerian Kesihatan menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah. Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta mengurus kebajikan para penderma darah.

BACA JUGA : Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Penerangan

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.