Header Ads

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online (Siri 197)

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online (Siri 197). Nak jadi anggota Tentera Darat Malaysia (TDM)? Berita baik buat calon yang ingin menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai perajurit muda. Untuk makluman, pengambilan tentera Darat tahun 2023 untuk Lelaki Siri 197 & Wanita Siri 48 telah dibuka bermula pada 13 Disember sehingga 31 Disember 2022. Bagi anda yang berkelayakan boleh mohon Perajurit Muda Tentera Darat secara online di laman portal rasmi JOM MASUK TENTERA.


Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2023


Bagi anda yang berkelayakan dan berminat dipelawa untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki, Wanita TD
dan Pemilihan termasuk calon Lelaki Tahun 2022. Calon yang berjaya dalam Pemilihan Awal akan ditawarkan untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir nanti.

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Online (Siri 197)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat termasuk memaparkan syarat kemasukan, cara permohonan dan aplikasi online :

Tarikh permohanan: 13 Disember - 31 Disember 2022


Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TDM 2023


Antara syarat-syarat kelayakan pengambilan perajurit muda tentera darat Malaysia adalah seperti berikut :

A. Syarat Asas 

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2022 (Pengambilan Siri 197 2023).
3. Penglihatan - Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna.
4. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
6. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

B. Syarat Fizikal

1. Tinggi:
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
2. Berat:
  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
3. Indeks Jisim Badan (BMI) : Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0.

C. Syarat Akademik

1. Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.

D. Syarat Tambahan

1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.




Senarai Skim Gaji Kemasukan Tentera Darat Malaysia 


1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]

2. SPVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

5. DIPLOMA PERUBATAN - Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]

6. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Online


1. Permohonan ini boleh dibuat secara online ke laman web Jom Masuk Tentera https://mims.mod.gov.my/sppmtd atau ke https://jmt.mod.gov.my/.

2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:

  • NAMA PENUH
  • NO KAD PENGENALAN
  • JANTINA
  • NO TELEFON (Boleh dihubungi)
  • EMAIL (Aktif)
  • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
  • Tekan (Click) DAFTAR

NOTA: Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan.

3. Pemohon boleh Log Masuk menggunakan Nombor Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan yang didaftarkan.

4. Isi maklumat peribadi yang diperlukan dalam borang permohonan menggunakan HURUF BESAR.

5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu klik pada butang HANTAR.
https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan.

6. Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah didaftarkan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, 
Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, 
Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
Telefon Bimbit Pegawai:
017-4033752: Leftenan Noraini
019-2536556: Staf Sarjan Ridhwan
No Telefon Pejabat: 03-4014 0470 (Waktu Hari Bekerja)
Email: selpengambilandarat@gmail.com

Sumber : https://army.mil.my/index.php/ms/kerjaya/iklan-pengambilan/panduanpermohonan

2 ulasan:

  1. Mcm mne untuk mohon pada tahun hadap 2019.boleh ke saya mohon?kalau semua mata perlajar saya hanya lulus sahaja.bolh ke saya masuk tentere?

    BalasPadam
  2. Panduan Exam Psikometrik

    Tak tahu nak prepare apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK? Gagal ujian ini boleh menyebabkan anda gagal jawat jawatan yang didamkan.
    Usah risau. Kami tahu bagaimana untuk anda LULUS.
    .
    KLIK >> http://panduanpsikometrik.com
    .
    Tags:
    panduan Psikometrik, Ujian Psikometrik, temuduga Psikometrik, peperiksaan Psikometrik, rujukan Psikometrik, rahsia lulus Psikometrik, contoh soalan Psikometrik

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.