Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 | Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Pegawai Teknologi Makanan Gred C41? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Teknologi Makanan Gred C41!

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Teknologi Makanan C41 telah dibuka kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Teknologi Makanan C41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah menerusi portal SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C41


Gaji Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 sekitar RM2,317.00 sehingga RM9,620.00 Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM225.00

Syarat Kelayakan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains makanan, sains dan teknologi makanan, pengurusan kualiti makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00).

Jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Teknologi Makanan C41 seperti di bawah :

Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti surveilan dan analisis risiko keselamatan makanan,codex dan standard, dasar keselamatan makanan, pensijilan halal dan memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS.

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat pelbagai jabatan atau kementerian.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.