Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Pegawai Latihan Gred E19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Pegawai Latihan Gred E19


Gaji Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 sekitar RM1,353.00 sehingga RM4,005.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
● Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam perakaunan peringkat tertinggi.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80)
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali dalam salah satu bidang seperti penyediaan makanan / teknologi makanan / pramusaji, kapten dan penyelia makanan / tukang jahit dan pemotong pakaian / jahitan/seni ukir perabot.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.