Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penilaian Gred W19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penilaian Gred W19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pembantu Penilaian 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Penilaian Gred W19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penilaian Gred W19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Penilaian Gred W19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Penilaian Gred W19 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penilaian Gred W19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pembantu Penilaian Gred W19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Penilaian Gred W19


Gaji Pembantu Penilaian Gred W19 sekitar RM1,353.00 sehingga RM4,005.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Penilaian Gred W19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Penilaian Gred W19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Penilaian Gred W19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Penilaian Gred W19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Penilaian Gred W19 seperti di bawah :

Menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menerima arahan tugas informasi harta tanah, menerima arahan dan menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.

INFO BERKAITAN :

Permohonan Jawatan Pembantu Penilaian Gred W19

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Penilaian Gred W19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.