Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Arkib Gred S19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Arkib Gred S19 | Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Arkib Gred S19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Arkib Gred S19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Arkib Gred S19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Arkib Negara. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Arkib Gred S19 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Arkib Gred S19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Arkib Gred S19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Arkib Gred S19


Gaji Pembantu Arkib Gred S19 sekitar RM1,352.00 sehingga RM4,003.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Arkib Gred S19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Arkib Gred S19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Jawatan Pembantu Arkib Gred S19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Arkib Gred S19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Arkib Gred S19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Malaysia 2018

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Arkib Gred S19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.