Header Ads

Permohonan Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan 2018

Permohonan Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan 2018. Anda ingin bekerja di sektor kerajaan? Panduan buat calon yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan kosong kerajaan. Menerusi portal FB SPA, peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11. Untuk makluman, kini anda dipelawa untuk membuat permohonan jawatan kosong Pemandu Kenderaan di Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Permohonan jawatan ini boleh dibuat secara online di portal web SPA. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Disember 2018 (Ahad) jam 11.59 malam.

Permohonan Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan 2018

Permohonan Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan 2018


● Pemandu Kenderaan Gred H11
(Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan)
Kekosongan : 319
* Calon yang mempunyai Lesen Memandu Kelas E kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) adalah digalakkan untuk memohon
Tarikh tutup : 2 Disember 2018


Iklan Permohonan Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan 2018 


Permohonan Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan 2018

Cara Permohonan Jawatan Pemandu Kenderaan 2018 Online


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 tahun 2018 secara dalam talian seperti di bawah :

● Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman sesawang rasmi SPA.
● Login akaun anda dengan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
● Kemudian tandakan kerja kosong yang diinginkan.

Nota : Sila rujuk panduan permohonan jawatan SPA disini.

Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11


Berikut adalah tugas-tugas Pemandu Kenderaan H11 seperti di bawah :

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

INFO BERKAITAN :

● Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan tahun 2018 secara online di portal SPA. Semoga anda berjaya mendapat mengisi kekosongan jawatan di pelbagai Jabatan atau Kementerian.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.