Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11

Gaji, Kelayakan & Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pemandu Kenderaan Gred H11.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Kerajaan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pemandu Kenderaan H11 bagi permohonan kerja lepasan PT3/PMR/SRP menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11


Berikut adalah informasi tentang Pemandu Kenderaan Gred H11 mengenai tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11


Gaji Pemandu Kenderaan Gred H11 sekitar RM1,218.00 sehingga RM2,939.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pemandu Kenderaan Gred H11 pula berjumlah RM80.00.

Syarat Kelayakan Pemandu Kenderaan Gred H11


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
● Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
● Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pemandu Kenderaan Gred H11


Berikut adalah tugas-tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 seperti di bawah :

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Malaysia 2018

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pemandu Kenderaan Gred H11 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.