Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruukur J41

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruukur J41. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Juruukur Gred J41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruukur J41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juruukur Gred J41
akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar / Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Juruukur Gred J41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruukur J41


Berikut adalah informasi tentang Juruukur Gred J41 mengenai tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Juruukur Gred J41


Gaji Juruukur Gred J41 sekitar RM2,529.00 sehingga RM9,643.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Juruukur Gred J41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Juruukur Gred J41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ukur tanah atau bidang geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00

Jawatan Juruukur Gred J41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) buat pemohon yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Juruukur Gred J41


Berikut adalah tugas-tugas Juruukur Gred J41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukur iaitu ukuran tarabas kawalan piawai, ukuran kawalan, ukuran dinding duatuan, ukuran pengambilan balik tanah, ukuran kawasan bandar dan luar bandar, ukuran kelas satu dan dua bagi tujuan pengeluaran hak milik, ukuran gelanggang sukan, ukuran siasatan kejituan, memberi latihan, menyediakan laporan dan penyata kerja pasukan kerja dan lain-lain tugas pentadbiran yang berkaitan dengan Jabatan.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Malaysia 2018

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Juruukur Gred J41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.