Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruteknik Perubatan U19

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruteknik Perubatan U19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Juruteknik Perubatan U19.

Juruteknik Perubatan U19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juruteknik Perubatan Gred U19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Juruteknik Perubatan bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruteknik Perubatan U19


Berikut adalah informasi tentang Juruteknik Perubatan Gred U19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Juruteknik Perubatan U19


Gaji Juruteknik Perubatan Gred U19 sekitar RM1,360.00 sehingga RM4,052.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Juruteknik Perubatan pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Juruteknik Perubatan U19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00).

Jawatan Juruteknik Perubatan U19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Juruteknik Perubatan U19


Berikut adalah tugas-tugas Juruteknik Perubatan U19 seperti di bawah :

1. Mengambil ukuran sama ada secara acuan atau profile semua kerja-kerja ortotik dan yang diarahkan.

2. Memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara menggunakan, memasang alatan ortotik dengan betul, cara-cara berjalan atau pergerakan seperti mana yang dikehendaki, cara-cara menjaga alatan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak membahayakan dan tahan lama.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Juruteknik Perubatan U19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.