Header Ads

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 (PSP) Online

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 (PSP) Online. Anda penerima Bantuan Sara Hidup? Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dimana anda bakal menerima Program Subsidi Petrol (PSP) yang baru diumumkan oleh Kerajaan bermula Januari 2020 nanti. Penerima Bantuan Sara Hidup dan khususnya golongan B40 yang memiliki kenderaan 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP). Manakala kategori motosikal yang layak ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun dan ke atas. Sebelum itu, anda perlu semak syarat kelayakan PSP dulu sama ada layak atau pun tidak.

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 (PSP) Online

Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya. Golongan berpendapatan rendah yang menerima BSH (pendapatan isirumah RM4,000 dan ke bawah) dan memiliki kenderaan dikenal pasti sebagai golongan yang layak menerima subsidi petrol RON95.

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 (PSP) Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Petrol termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan: Bermula 15 Oktober 2019

Syarat Kelayakan Penerima Program Subsidi Petrol 2020


Antara syarat-syarat yang anda perlu memenuhi Program Subsidi Petrol 2020 :

1. Merupakan penerima BSH beralamat di
Semenanjung Malaysia sahaja;
2. Memiliki kenderaan persendirian yang
berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
4. Kelayakan berdasarkan kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
i. Kereta <= 1,600cc
ii. Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
iii.Motosikal <= 150cc
iv. Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun

Infografik Program Subsidi Petrol 2020 

Cara Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online


Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat semak Kelayakan Program Subsidi Petrol secara atas talian (online) mulai 15 Oktober 2019 menerusi pautan ini https://psp.kpdnhep.gov.my/. Bagi anda yang status GAGAL boleh kemukakan permohonan rayuan secara online. 

Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada:-
Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 2, (Menara), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Malaysia

BACA JUGA :


Selamat memanfaatkan Insentif daripada kerajaan!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.