Header Ads

Permohonan Rumah PPRT 2020 Online Program Perumahan Rakyat Termiskin

Permohonan Rumah PPRT 2020 Online Program Perumahan Rakyat Termiskin. Anda mahu memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki rumah pertama. Untuk makluman, kerajaan ada menawarkan satu skim perumahan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi yang belum memiliki rumah pertama. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah PPRT 2020 secara online menerusi laman sesawang www.rurallink.gov.my.

Permohonan Rumah PPRT 2020 Online Program Perumahan Rakyat Termiskin

Program Perumahan Rakyat Termiskin atau ringkasnya PPRT ini bakal diberikan kepada Kumpulan Sasar PPRT seperti warga emas (lebih 65 tahun), uzur dan orang kurang upaya, ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai dan mangsa bencana alam seperti ribut, taufan, banjir dan kebakaran. Program ini bertujuan untuk membaiki rumah rakyat Malaysia yang tinggal pedalaman miskin dan daif. 

Permohonan Rumah PPRT 2020 Online Program Perumahan Rakyat Termiskin


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPRT


a. Warga emas yang uzur dan orang kurang upaya

b. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tunggangan ramai

c. Mangsa bencana alam seperti taufan, ribut, banjir dan kebakaran

Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2020


1. Pemohon boleh membuat permohonan dengan melayari laman web PPRT

2. Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap.

Nota : Untuk makluman, masa sekarang permohonan PPRT tidak dibuka lagi tawaran buat rakyat Malaysia.

BACA JUGA :


Semoga anda berjaya mendapat tawaran  Perumahan Rakyat Termiskin untuk pembelian rumah pertama. 

16 ulasan:

  1. Balasan
    1. hello macam mana nak memohon rumah PPRT saya berharap sangat dapat memiliki rumah PPRT tersebut

      Padam
    2. Saya ingin memohon bantuan pprt kerana saya dan keluarga saya tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap,sememtara ini saya cuma menumpang di rumah arwah pakcik suami saya itu pun tiada bekalan elektrik dan bekalan air.saya mempunyai anak seramai 7 orang,kerana itu saya mahu minta jasa baik dari pihak mana2 yang boleh salurkan bantuan untuk keluarga saya

      Padam
  2. ya saya ingin memohon rumah pprt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saye ingin memohon jase baik semua kaki tangan kerajaan.saye inginkan pemohonan bantuan rumah pprt

      Padam
  3. saya ada tanah ..ingin memohon rumah pprt..tanah saya dia lamat sungai buloh sasaran..

    BalasPadam
  4. saya ingin memohon untuk membena rumah di tanah lot sendiri, buat masa ini saya menyewa rumah dengan kadar Rm400 sebulan, saya berumor 63tahun,

    BalasPadam
  5. Saya nak bina rumah di tanah saya sendiri dan saya ingin memohon rumah pprt

    BalasPadam
  6. saya ingin memohon untuk membina rumah di tanah saya sendiri di atas permohonan pprt.

    BalasPadam
  7. Bagaimana mahu mohon rumah PPRT ni ye?saya buka link permohonan borang tapi tidak ada pun ?

    BalasPadam
  8. Saya ingin memiliki rumah pprt bapa saya seorang warga emas tunggal. Mempunyai tanah sendiri. Saya memohon bantuan jasa baik kerajaan menolong bapa saya. Saya ingin menjaga nya punyai rumah bersama bapa saya.saya suarakan wakil bapa saya. Bapa saya buta huruf dan tidak tau berurusan.

    BalasPadam
  9. Sya sdh lama dftr e- kasih sya mohon rumah pprt dari tahun 2015 tolong la kmi. Sya sngat2 perlukn rumah pprt. ank sya ramai 6 orng
    Yang bersekolah 5 orng. Sya tak kerja.
    Skrng sya tumpang rumah ibu bpk sya
    Dan kmi terlalu ramai berkumpul satu rumah adik2 sya ipar2 sya. Sya perlu sngat2 rumah pprt.

    BalasPadam
  10. asalamualaikum..saya pun perlu kan rumah pprt..tujuh tahun saya menumpang rumh mak mentua saya.kmi muda..tp x mampu nak buat rumh..kmi duk dgn adk brdik rmai..hrap ad rezeki sye..

    BalasPadam
  11. asalamulaikum... Saya seorang ibu tunggal dan mempunyai 3 org anak dan seorang lgi tu oku, saya sangat perlukan rumah pprt, kerana selama ini kami hanya menumpang di rumah saudara sendiri. Saya tidak mampu untuk membuat rumah sendiri. Harap ada rezeki saya dpt pprt ini.

    BalasPadam
  12. Saya nak sangat rumah pprt utk saya dan anak saya bantulah kami kami sangat perlukan rumah...

    BalasPadam
  13. Saya nak sangat rumah pprt..kasian sama anak anak saya..tinggal d pondok buruk ni..lama dah saya tunggu tunggu smpai sekarng tidak dapat lagi..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.