Header Ads

Cara Pengekalan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% - Borang KWSP 17A (Khas 2020)

Cara Pengekalan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% - Borang KWSP 17A (Khas 2020). Tak setuju dengan caruman KWSP 7 peratus? Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020, kadar caruman berkanun syer pekerja baharu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus. Ia adalah salah satu inisiatif kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk memperkasa kuasa beli rakyat ketika wabak COVID-19.

Cara Pengekalan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% - Borang KWSP 17A (Khas 2020)
Foto Kredit : vymaps

Kadar caruman 7% akan berkuatkuasa mulai upah pekerja bulan April 2020 bagi caruman Mei 2020 dan akan dilaksanakan sehingga bulan Disember 2020 bagi caruman Januari 2021. Sekiranya pekerja yang mahu kekalkan caruman KWSP sebanyak 11% seperti sebelum ini perlu mengisi borang yang disediakan. Untuk kemudahan ahli, KWSP telah menyediakan Borang KWSP 17A (Khas 2020) di laman web rasmi KWSP bagi membolehkan ahli memilih untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja kepada 11%.

Cara Pengekalan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% - Borang KWSP 17A (Khas 2020) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengekalan kadar caruman syer pekerja 11% termasuk memaparkan borang permohonan dan langkah-langkah :

Isi Borang KWSP 17A (Khas 2020) 


1. Bagi anda yang nak isi kekalkan kadar caruman 11 peratus sila isi Borang KWSP 17A (Khas 2020) atau muat turun borang permohonan di pautan ini ;

2. Lengkapkan borang permohonan tersebut.

3. Kemukakan kepada majikan untuk pengesahan.

4. Serahan Borang KWSP 17A (Khas 2020) oleh majikan di cawangan KWSP yang terdekat.

BACA JUGA :

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.