Header Ads

Cara Pengekalan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% - Borang KWSP 17A (Khas 2021)

Cara Pengekalan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% - Borang KWSP 17A (Khas 2021). Tak setuju dengan caruman KWSP 9%? Panduan buat Ahli yang membuat caruman KWSP. Untuk makluman, menerusi Belanjawan Malaysia 2021 yang diumumkan oleh Tengku Zafrul Aziz, kadar caruman berkanun syer pekerja baharu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikurangkan daripada 11% kepada 9 peratus bagi tahun 2021. Pekerja mempunyai pilihan sama ada untuk mengekalkan kadar caruman 11 peratus atau mengikuti syer pekerja baharu. 

Cara Pengekalan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% - Borang KWSP 17A (Khas 2020)
Foto Kredit : vymaps

Kadar caruman 9% ini akan berkuatkuasa selama setahun bermula pada bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah pekerja bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022). Bagi pekerja yang mahu kekalkan caruman KWSP sebanyak 11% seperti sebelum ini perlu melengkapkan borang KWSP 17A (Khas 2021). Borang ini boleh dimuat turun mulai 1 Disember 2020 menerusi laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my. 

Cara Pengekalan Kadar Caruman Syer Pekerja 11% - Borang KWSP 17A (Khas 2020) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengekalan kadar caruman syer pekerja 11% termasuk memaparkan borang KWSP 17A :

Isi Borang KWSP 17A (Khas 2021) 


1. Bagi anda yang nak isi kekalkan kadar caruman 11 peratus, sila isi Borang KWSP 17A (Khas 2021) atau muat turun borang permohonan di pautan https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147525/Borang+KWSP+17A+%28Khas+2021%29.xlsx

2. Sila lengkapkan borang permohonan tersebut.

3. Borang itu hendaklah dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk didaftarkan secara online melalui kemudahan i-Akaun (Majikan) mulai 14 Disember 2020.

Nota : Borang yang diterima daripada pekerja hendaklah disimpan sebagai rekod majikan. 

Untuk keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000.

BACA JUGA :


Sumber : KWSP

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.