Header Ads

Permohonan Jawatan Kosong SPA9 2020 Terkini

Permohonan Jawatan Kosong SPA9 2020 Terkini. Panduan buat calon yang sedang mencari jawatan kosong kerajaan untuk kemasukan sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, bagi calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan jawatan kosong SPA 2020 secara online menerusi laman web SPA9. Permohonan ini boleh dibuat bagi mereka yang mempunyai kelayakan sijil PMR/ PT3, SPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah termasuk Separa Perubatan. Bagi anda yang tidak mempunyai akaun hendaklah membuat pendaftaran akaun SPA dan memohon jawatan kosong melalui borang SPA8i.




Permohonan Jawatan Kosong SPA9 2020 Terkini 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong SPA termasuk memaparkan aplikasi permohonan :

Cara Mohon Jawatan SPA Online 


1. Sebelum mengisi borang permohonan, sila daftar akaun SPA9 terlebih dahulu. Bagi pemohon baru hendaklah mendaftar sebagai Daftar Baru DISINI.

2. Bagi calon yang mempunyai akaun SPA terus log masuk di laman web SPA9. Calon boleh mengisi borang jawatan kosong SPA terkini, sila ikuti panduan isi borang permohonan SPA9 DISINI

3. Pastikan sebelum mengemukakan permohonan jawatan kosong, sila merujuk syarat-syarat kelayakan permohonan SPA terkini DISINI.

Pautan Borang SPA9 (Log Masuk) 


Setelah pendaftaran, anda hendaklah log masuk akaun SPA9 dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk membuat permohonan SPA.

Sila ke laman web https://spa9.spa.gov.my/.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 - 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA https://www.aduan.spa.gov.my.


BACA JUGA : Semakan Status Permohonan SPA9 Online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.