Header Ads

Contoh Soalan Lazim Temuduga SPA 2023/ Sektor Kerajaan

Contoh Soalan Lazim Temuduga SPA 2023 Sektor Kerajaan. Adakah anda calon temuduga SPA tahun 2023? Panduan buat mereka yang mendapat panggilan temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bagaimana cara temuduga di sektor kerajaan dengan betul dan apakah soalan-soalan yang ditanya? Bagi calon yang telah melepasi peperiksaan SPA, sudah pasti akan melalui satu fasa seterusnya iaitu temuduga. Sekiranya anda lulus temuduga, anda bakal menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

Contoh Soalan Lazim Temuduga SPA 2021 Sektor Kerajaan

Contoh Soalan Lazim Temuduga SPA 2023 Sektor Kerajaan 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan temuduga kerajaan yang berkaitan dengan latar belakang, dasar kerajaan dan isu semasa dan luar negara :

Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon seperti ;

● Latar belakang dan kelayakan calon
● Jawatan yang dipohon
● Dasar kerajaan
● Isu semasa dan luar negara

Contoh Soalan Temuduga SPA Berkaitan Latar Belakang 


√ Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
√ Kenapa anda harus kami pilih dan bukan calon yang lain. Apa kelebihan anda?
√ Mengapa kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
√ Semasa projek akhir semester anda, apa yang anda lakukan?

Contoh Soalan Temuduga SPA Berkaitan Jawatan Yang Anda Pohon 


√ Setakat anda tahu, apakah tugas-tugas yang bakal digalas oleh anda nanti?
√ Peranan Jabatan & Kementerian ini?
√ Apakah inisiatif yang anda ingin lakukan?
√ Sumbangan yang anda boleh berikan jika menjawat jawatan dipohon.

Contoh Soalan Temuduga SPA Berkaitan Dasar Kerajaan 


√ Apakah yang anda faham dengan konsep 1 Malaysia?
√ Senaraikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
√ Apakah GTP?
√ Terangkan dengan ringkas tentang GST?

Contoh Soalan Temuduga SPA Berkaitan Isu Semasa Dalam & Luar Negara 


Isu semasa dalam negara 

● Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahad Datu
● Apakah isu yang berkaitan dengan MH17
● Apakah tema hari kemerdekaan 2020?

Isu semasa luar negara 

● Krisis Palestin terus dibedil oleh rejim Israel
● Krisis yang berlaku di Syria
● Krisis berlaku antara Qatar dengan negara-negara Arab

BACA JUGA : Panduan Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tahniah kepada anda yang lulus dalam temuduga kerja kerajaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.