Header Ads

20 Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA 2023

20 Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA 2023. Adakah anda calon peperiksaan online SPA? Jika ya! Sudah tentunya anda perlu mengetahui kriteria atau bentuk soalan peperiksaan online yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Secara kebiasaannya anda akan diberi dua atau tiga seksyen soalan untuk dijawab kesemuanya dalam masa yang diperuntukkan oleh SPA. Salah satunya seksyen soalan adalah soalan pengetahuan am.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA

Bagi soalan pengetahuan am peperiksaaan online SPA, ia agak umum. Soalan-soalan yang akan ditanya kebiasaannya melibatkan beberapa perkara antaranya bidang kerja sosial, perpaduan negara, keharmonian negara, teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran negara dan keselamatan negara termasuklah juga isu semasa negara dan di luar negara.

Namun begitu, anda perlu tahu juga setiap jawatan yang diadakan peperiksaan agak berbeza misalnya jika peperiksaan online pegawai LHDN, ia akan lebih memfokuskan tentang kerjaya sebagai pegawai LHDN. Bentuk-bentuk soalan yang ditanya kebanyakkan berkaitan cukai, elaun dan sebagainya. Okay kali ini tim spa8i kongsikan contoh soalan pengetahuam am peperiksaan SPA sebagai rujukan anda.

20 Contoh Soalan Pengetahuan Am Peperiksaan Online SPA 2023


Berikut adalah contoh-contoh soalan pengetahuan am peperiksaan online SPA yang sering ditanya. Ia bukan lah soalan ramalan atau pun soalan bocor. Sebagai panduan anda mengetahui bentuk atau gambaran soalan Seksyen A - Pengetahuan Am.

1. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI :
A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B. Menjana sinergi multisektor
C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

2. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui Perbincangan Transformasi Nasional 50 (TN50) adalah
A. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B. Kementerian Komunikasi & Multimedia
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Belia dan Sukan

3. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kecuali
A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)

4. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di Malaysia
I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

5. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

6. Pilih kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?
I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI
A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat 

8. Individu yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraan tidak dapat ditentukan, boleh mendapatkan kad pengenalan
A. MyKad
B. MyPR
C. MyKAS
D. MyINT
Jawapan: C 

9. Fungsi utama Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) ialah
A. Menyediakan rumah mampu milik kepada masyarakat
B. Membimbing Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan perbandaran yang berkualiti
C. Menyediakan khidmat nasihat kepada Kerajaan
D. Menyelesaikan pertikaian antara pembeli rumah dan pemaju 

10. Agensi yang memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia ialah
A. MIDF
B. MARDI
C. MATRADE
D. MDEC 
Jawapan: C

11. Seseorang yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara perlu memastikan dia bebas daripada sebarang halangan agensi-agensi berikut kecuali
A. Bank Negara Malaysia (BNM)
B. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
C. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
D. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 
Jawapan: B

12. Panggilan hormat diraja berbeza untuk negeri di Malaysia. Panggilan hormat “Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM)” tidak digunakan untuk pemerintah diraja
A. Sultan Perak
B. Sultan Kedah
C. Sultan Terengganu
D. Al-Sultan Kelantan 
Jawapan: A

13. Panggilan hormat untuk Ketua Hakim Negara adalah Yang Amat Arif (YAA). Apakah panggilan hormat untuk Ketua Setiausaha Negara?
A. Yang Berbahagia
B. Yang Amat Berbahagia
C. Yang Berusaha
D. Yang Arif 
Jawapan: A

14. Darjah Kebesaran Persekutuan yang membawa gelaran Tun kepada penyandangnya ialah
A. Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)
B. Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)
C. Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
D. Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) 
Jawapan: A

15. Warna merah pada Jalur Gemilang bermaksud
A. Kemakmuran negara Malaysia yang unggul
B. Perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
C. Kesucian, keikhlasan dan kesungguhan rakyat yang beradab dan berkeperibadian Malaysia
D. Keberanian dan bersedia dalam menghadapi rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai negara maju 
Jawapan: D

16. Pasaran Modal dikawal oleh akta-akta Parlimen yang berikut kecuali
A. Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
B. Akta Syarikat 1965
C. Akta Cukai Pendapatan 1967
D. Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 
Jawapan: C

17. Di antara berikut yang manakah merupakah Negeri Selat.
A. Perak
B. Kedah
C. Pulau Pinang
D. Johor
Jawapan: D

18. Bank yang tidak tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan Malaysia adalah
A. Bank Simpanan Nasional (BSN)
B. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
C. Malayan Banking
D. Public Bank Berhad
Jawapan: A

19. Perisai di dalam Jata Negara melambangkan berikut
A. Keberanian menentang musuh
B. Kesanggupan pertahankan negara
C. Muafakat dan perpaduan
D. Kerjasama sesama kaum
Jawapan: B

20. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.
A. Mahkamah Sesyen
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Persekutuan
D. Mahkamah Rayuan
Jawapan: B

Inilah antara contoh-contoh soalan seksyen Pengetahuan Am untuk peperiksaan SPA. Jangan risau soalan ini adalah dalam bentuk objektif. Jika anda keliru soalan, boleh saja teka jawapan yang logik.

Nak dapatkan rujukan lengkap peperiksaan online? 



Untuk makluman rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan Pengetahuan Am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa Inggeris beserta jawapan termasuk formula Matematik.

Ini yang anda bakal dapat ;
√ Huraian format peperiksaan terkini
√ Contoh soalan Seksyen A - Pengetahuan Am (30++ Soalan & Jawapan)
√ 120++ muka surat



Untuk dapatkan rujukan lengkap ini, sila klik pautan di bawah ;

[+] https://go.infotambahan.com/ebookextra/37705/order

BACA JUGA :
Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA

Penafian : Laman web SPA8i.net tiada sebarang kaitan dengan laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum sebagai pengetahuan sahaja. 

1 ulasan:

  1. sebelum mulakan online periksa minta bagi nota ringkas dari soalan-soalan berikut...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.