Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruaudit Gred W29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruaudit Gred W29. Berminat bekerja di sektor awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Juruaudit boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Juruaudit Gred W29. Lihat ini juga → Semakan Panggilan Temuduga Penolong Penguasa Bomba KB29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruaudit Gred W29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Juruaudit Gred W29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Audit Negara Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Juruaudit bagi permohonan kerja lepasan Diploma dan Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Juruaudit Gred W29


Berikut adalah informasi tentang Penolong Juruaudit W29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Juruaudit Gred W29


Gaji Penolong Juruaudit Gred W29 sekitar RM1,498.00 sehingga RM5,678.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Juruaudit Gred W29 pula berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Juruaudit Gred W29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
● Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
● Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08); atau
● Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).

Jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penolong Juruaudit Gred W29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Juruaudit seperti di bawah :

Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

BACA JUGA : Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penolong Juruaudit Gred W29 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.