Header Ads

BSH 2020 : Permohonan, Kemaskini Online & Semakan Status

BSH 2020 : Permohonan, Kemaskini Online & Semakan Status. Sudahkah anda membuat permohonan baru atau kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020? Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dimana kerajaan baharu Pakatan Harapan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini yang ditukarkan kepada Bantuan Sara Hidup untuk tahun 2020. Untuk bantuan kali ini akan diberikan kepada golongan sasar yang benar-benar layak sahaja. Selain itu, kategori bujang dan Orang Kurang Upaya turut menerima manfaat bantuan kewangan ini. Bagi anda yang berkelayakan dan memenuhi syarat kelayakan BSH terkini, hendaklah membuat permohonan dan kemaskini BSH 2020 secara online di portal web rasmi BSH.

BSH 2019 : Permohonan, Kemaskini Online & Semakan Status

Untuk makluman anda, permohonan baru adalah bagi mereka yang belum pernah lagi memohon bantuan BSH atau pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M/ BSH tahun sebelum ini. Manakala kemaskini Bantuan Sara Hidup pula, pemohon perlu buat pengemaskinian seperti nombor telefon, alamat rumah, jumlah tanggunggan, kematian suami/ isteri, nombor akaun bank dan seumpamanya.

BSH 2020 : Permohonan, Kemaskini Online & Semakan Status 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan dan semakan Bantuan Sara Hidup termasuk memaparkan cara kemaskini dan aplikasi permohonan bagi pemohon baru :

Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Online


Bagi pemohon baru, anda boleh membuat permohonan BSH secara online melalui pautan di bawah :

● Aplikasi Permohonan Online : https://bsh.hasil.gov.my/PermohonanPage.aspx

Nota : Anda boleh rujuk disini untuk permohonan baru BSH

Artikel Berkaitan : Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020 

Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2020 Online 


Bagi pemohon yang hendak membuat pengemaskinian Bantuan Sara Hidup, anda boleh buat seperti berikut ;

1. Anda perlu layari ke portal web rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my/.
2. Setelah masuk ke web itu, di bahagian menu anda perlu klik butang 'Kemaskini Permohonan'.
3. Masukkan nombor kad pengenalan atau no. IC anda dan klik kemaskini permohonan.
4. Lengkapkan maklumat pemohon, status kahwin, status ibu tunggal/ balu/ janda, maklumat anak dan bank.
5. Pemohon perlu memilih jenis 'Dokumen Sokongan' yang ingin dimuat naik samada sijil kahwin / sijil cerai / sijil lahir anak dan
klik butang ‘MUAT NAIK’.
6. Lengkapkan maklumat waris.
7. Isi ‘Kod Captha’ seperti paparan yang diberi dan klik pada butang ‘SAHKAN CAPTCHA’ untuk pengesahan.
8. Klik pada butang ‘HANTAR’, pemohon telah selesai melengkapkan segala butiran yang diperlukan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi LHDNM di atas talian bebas 1800882716 atau Kementerian Kewangan di talian hotline 0388824565/ 4566.

BACA JUGA : Semakan Status Permohonan BSH

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.