Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 | Berminat bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong JPJ 2018 telah dibuka kekosongan jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan JPJ bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penguatkuasa Gred KP19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19


Gaji Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 sekitar RM1,360.00 sehingga RM4,052.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 pula berjumlah RM100.00.

Syarat Kelayakan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 JPJ


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00).
3. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00).
4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40).
5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
6. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
● Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
● Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
● Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
● Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
● Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
● Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
● Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pembantu Penguatkuasa JPJ Gred KP19 


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Penguatkuasa KP19 seperti di bawah :

Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Penguatkuasa KP19 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.