Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penerbit Rancangan Gred B29 & B41

Gaji, Kelayakan & Tugas Penerbit Rancangan Gred B29 & B41. Berminat bekerja sebagai kakitangan awam di rancangan televisyen RTM Malaysia? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan Penerbit Rancangan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penerbit Rancangan Gred B29 & B41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penerbit Rancangan Gred B29 & B41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penerbit Rancangan 2020 telah dibuka kekosongan jawatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penerbit Rancangan bagi permohonan kerja lepasan Diploma & Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


Gaji Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 adalah RM1,499.00 dan RM2,095.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 pula berjumlah RM145 dan RM225.

Syarat Kelayakan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29
 
(i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00).
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00).
(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00).
(iv) Diploma dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).
 
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B41
 
(i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,095.00).
(ii) Ijazah sarjana muda dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).
(iii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang animasi, komunikasi massa, multimedia, pengajian media, grafik komunikasi, fotografi, penyiaran atau perfileman atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B41: RM2,302.30).

Jawatan Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penerbit Rancangan Gred B29 & B41


Berikut adalah Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab dan mempunyai kemampuan berkomunikasi dengan jelas dan lancar, menerbit rancangan kategori berat dalam bentuk rencana, dokumentari, majalah dan hiburan. Berkebolehan menguasai Bahasa Malaysia dan berkemampuan membuat analisis perkembangan semasa tanah air dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan juga antarabangsa.

BACA JUGA : Contoh Soalan Temuduga Penerbit Rancangan 

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Penerbit Rancangan Gred B29 & B41 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.