Header Ads

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2023 Online (Siri 226/24)

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2023 Online (Siri 226/24). Anda berminat menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)? Bilakah tarikh Pengambilan Perajurit Muda TLDM baharu dibuka? Berita baik buat anda yang ingin menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Perajurit Muda. Untuk makluman, kini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mempelawa belia/beliawanis tanah air bagi pengambilan Perajurit Muda TLDM tahun 2022 Siri 225/23. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi TLDM dan tiada permohonan secara walk-in.

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2022 Online (Siri 223/22)


Anda boleh membuat permohonan secara online mulai sekarang untuk pengambilan perajurit muda TLDM 223/22 yang sedia berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM. Permohonan ini sangat sesuai bagi calon lepasan SPM dan Diploma Kejuruteraan yang sihat tubuh badan boleh mengemukakan permohonan TLDM dan calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda tahun 2021. 

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2023 Online (Siri 226/24)


Berikut dikongsikan adalah Pengambilan Perajurit Muda TLDM termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan aplikasi online :

Tarikh Permohonan : 15 Ogos - 26 September 2022

Jadual Gaji Tentera Laut Diraja Malaysia

Syarat Kelayakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM 


Antara syarat-syarat kelayakan pengambilan Perajurit Muda TLDM adalah seperti berikut :

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian di dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh 28 Februari 2022. 

4. Taraf perkahwinan bujang.

5. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum PKBM, Sijil PLKN atau kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

6. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.

7. Taraf kesihatan sihat tubuh badan, tidak cacat anggota, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit asma, penyakit kronik yang lain dan tidak mempunyai penyakit keturunan. Diakui sihat dan tidak cacat anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray serta disahkan oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

8. Calon wajib mempunyai alamat email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).

9. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 46.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.
 

Cara Permohonan Perajurit Muda TLDM Online


Bagi anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan pengambilan perajurit muda TLDM, sila layari ke laman web https://www.navy.mil.my/index.php/ms/perkhidmatan/pendaftaran-pengambilan-perajurit-muda-tldm-siri-225-23 untuk permohonan secara online.

Buat kali pertama permohonan, perlu mendaftar terlebih dahulu manakala mereka yang pernah daftar hanya perlu login akaun dan membuat permohonan.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh terus hubungi di talian 019- 2104163.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.