Header Ads

Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam (Lengkap)

Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam. Adakah anda seorang pekerja kerajaan atau swasta? Bagaimana hendak menulis surat perletakan jawatan atau berhenti kerja? Untuk makluman, surat perletakan jawatan atau bahasa Inggeris dipanggil 'resignation letter' adalah salah satu cara terbaik buat pekerja yang akan meninggalkan tempat kerja dengan memberi kredit kepada bekas syarikat majikan anda. Ia sama pentingnya seperti anda menulis surat resume atau Cover Letter sewaktu anda membuat permohonan pekerjaan di sesebuah syarikat.

Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam

Contoh Surat Berhenti Kerja 24 Jam Lengkap


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara menulis surat berhenti kerja 24 jam dalam bahasa Melayu dengan lengkap sebagai panduan buat anda :

CONTOH 1 SURAT BERHENTI KERJA 


850W, Kampung Hilir,
Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur

Bahagian Sumber Manusia
PUNCAK HOLDING SDN. BHD
No. 7, Jalan 1/46A,
Selingsing 7,
Taman Niaga Waris,
51200 Kuala Lumpur                  23 Julai 2017

Tuan/Puan

PERLETAKAN JAWATAN TEMPOH 24 JAM.

Merujuk kepada perkara di atas, saya _____________________, ingin memaklumkan kepada pihak Tuan/ Puan bahawa saya akan menamatkan perkhidmatan saya di Puncak Holding Sdn. Bhd. sebagai Kerani Kaunter bermula pada 24 Julai 2017 bersamaan hari Selasa. Saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat menerima peletakan jawatan saya ini.

2. Saya berterima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat di syarikat ini dan di atas keprihatinan yang diberikan. Saya juga berharap agar syarikat ini akan terus maju.

Sekian, terima kasih.

BACA JUGA :
● Contoh Surat Berhenti Kerja Bahasa Melayu Lengkap 
● Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Dalam Bahasa Melayu

Semoga perkongsian tentang contoh surat berhenti kerja 24 jam ini dapat dijadikan panduan buat anda semua.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.