Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19| Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Pendaftaran Gred KP19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Pendaftaran Gred KP19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Pendaftaran Gred KP19


Gaji Pembantu Pendaftaran Gred KP19 sekitar RM1,355.00 sehingga RM4,007.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Pendaftaran Gred KP19
pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Pendaftaran Gred KP19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 seperti di bawah :

Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.