Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Bomba Gred KP19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Bomba Gred KP19 | Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Bomba Gred KP19. Lihat ini juga → Semakan Panggilan Temuduga Penolong Penguasa Bomba KB29

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Bomba Gred KP19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Bomba Gred KP19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Bomba Gred KP19 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Bomba Gred KP19


Berikut adalah informasi tentang Pegawai Bomba Gred KP19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Bomba Gred KP19


Gaji Pegawai Bomba Gred KP19 sekitar RM1,360.00 sehingga RM4.052.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Bomba Gred KP19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pegawai Bomba Gred KP19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)
● Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti berikut:
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iii. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
iv. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
v. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vi. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
vii. lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Jawatan Pegawai Bomba Gred KP19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Bomba Gred KP19


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Bomba Gred KP19 seperti di bawah :

1. Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
2. Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
3. Mengendalikan pam bomba.
4. Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
5. Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Baca juga :
● Panduan dan Contoh Soalan Temuduga Bomba 

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Bomba Gred KP19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.