Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 |Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19


Berikut adalah informasi tentang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 mengenai tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19


Gaji Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
sekitar RM1,352.00 sehingga RM4,003.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Keselamatan Gred KP19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Malaysia 2018

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.