Header Ads

Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia 2023 PPAM

Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia 2023 PPAM. Adakah anda seorang kakitangan awam di Malaysia? Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya penjawat awam yang ingin memiliki sebuah rumah mampu milik. Menerusi pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan baharu Pakatan Harapan masih meneruskan bina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd termasuk Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia 2019 PPAM

Perumahan Penjawat Awam Malaysia atau ringkasnya PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang telah dilancarkan pada awal tahun 2013. Dengan adanya skim PPAM ini secara tak langsung dapat membantu penjawat awam terutamanya berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah di kawasan bandar-bandar.

Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia 2023 PPAM


Berikut dikongsikan adalah Perumahan Penjawat Awam Malaysia termasuk memaparkan syarat kelayakan, kriteria rumah dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Perumahan Penjawat Awam Malaysia


1. Warganegara Malaysia
2. Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan boleh memohon
3. Penjawat awam yang telah pencen dan kontrak juga layak memohon
4. Boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa, sekiranya anda berjaya akan ditawarkan satu projek sahaja. 

Jenis/ Saiz Rumah PPAM

Jenis rumah yang ditawarkan untuk permohonan PPAM adalah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Nota : Untuk dapatkan info tentang lokasi projek PPAM boleh layari ke http://www.ppam.gov.my/map

Cara Mohon Perumahan Penjawat Awam Malaysia Online 


1. Pertama kali anda perlu mendaftar akaun anda di pautan www.ppam.gov.my. dan akan mendapat notifikasi kata laluan melalui email.

2. Lihat pelancaran projek-projek terbaru di lokasi pilihan anda.

3. Log masuk melalui pautan https://apps.ppam.gov.my untuk membuat permohonan.

4. Pilih jenis unit yang ada bagi satu-satu projek pilihan anda. Anda dikehendaki menyemak kelayakan pinjaman dengan LPPSA atau bank komersil terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah.

5. Pengundian akan dilakukan mengikut kaedah yang akan digunakan oleh PPAM.

6. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email, SMS atau paparan di laman web PPAM.

7. Anda dimohon untuk menyediakan deposit sebanyak 2% daripada harga rumah semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli.

8. Sebaik sahaja semua dokumen dilengkapkan, kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi kepada pembeli. 

Nota : Status permohonan boleh disemak secara dalam talian di portal web PPAM. 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai PPAM boleh hubungi di talian ;

Bahagian Perumahan Penjawat Awam Malaysia 
Jabatan Perumahan Negara 
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 
Aras 32, No. 51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya 
Malaysia 
No. Tel : 603-8000 0000
No. Faks: 603-8891 4088
email: bantuan.ppam@kpkt.gov.my

Semoga anda berjaya mendapat tawaran skim perumahan ini.

Sumber : PPAM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.