Header Ads

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2023 ATM

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2023 ATM. Bilakah tarikh pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM tahun 2023? Panduan buat anda yang ingin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Untuk makluman menerusi portal rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ), ATM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Permohonan ini boleh dibuat secara online di portal web MAFHQ sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 April 2021.

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2019 ATM

Mereka yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2023 ATM


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pegawai Kadet Graduan ATM termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

Tarikh Permohonan : Sehingga 30 April 2021

Syarat Kelayakan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 


Berikut adalah syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet lepasan Ijazah :

1. Jantina. Lelaki dan wanita.

2. Umur. Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2018.

3. Taraf kesihatan. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM. Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

4. Kelayakan Akademik.

i. Kelulusan Asas. Lulus SPM/ SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.

ii. Kelulusan Pengajian Tinggi. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas. 

iii. Jurusan diperlukan. Sila layari laman web JOMMASUKTENTERA untuk keperluan senarai jurusan yang ditawarkan. 

5. Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62cm (lelaki) 1.60cm (wanita), Body Mass Index di antara 18-25 (lelaki) 18-23 (wanita). Ukuran badan minima bagi lelaki adalah 76sm.

Cara Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2021 Online 


1. Bagi anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah, anda boleh layari ke laman web www.mafhq.mil.my/ untuk permohonan secara online. 

2. Calon juga dikehendaki memajukan resume dan salinan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip Ijazah, gambar ukuran passport, nombor telefon dan email ke pengambilanpegatm@gmail.com.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03- 20714524/5120/2391.

Semoga anda berjaya ditawarkan untuk kemasukan ke Angkatan Tentera Malaysia sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah.

SUMBER

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.