Header Ads

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19 2021

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19 2021. Anda calon Pegawai Bomba Gred KB19? Tahniah diucapkan kepada mereka yang menerima surat panggilan untuk pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan tahun 2021. Seperti mana anda tahu, jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 adalah antara salah satu jawatan yang memerlukan ujian fizikal & pancaindera. Bagi anda yang ingin ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 boleh merujuk di bawah.

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19 2021


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan bagi jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 :

Ujian Pemeriksaan BMI


Anda perlu mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal seperti yang berikut :

i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.

iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

Ujian Vision Acquity


Anda perlu mempunyai syarat-syarat pancaindera seperti yang berikut :

i. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata.

ii. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

iii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Ujian Fizikal, Pancaindera & Kecergasan : Pegawai Bomba Gred KB19
Kredit : wikipedia

Ujian Pemeriksaan Tubuh Badan


Untuk ujian ini pemeriksaan tubuh badan akan dilakukan untuk memastikan anda dalam keadaan sihat dan cergas. Dalam pemeriksaan ini anda akan ditanya pernah menjalani pembedahan sebelum ini.

Ujian Berkawad


Bagi anda yang pernah menyertai badan beruniform seperti PKBM, BOMBA, POLIS dan sebagainya ketika sekolah dahulu sudah pastinya tidak kekok untuk menjalani ujian berkawad. Ujian ini dilakukan untuk memastikan lutut dan tangan tidak bengkok.

Ujian Kecergasan     


Setelah anda melepasi semua ujian di atas, maka anda bakal lalui ke fasa Ujian Kecergasan. Untuk ujian ini anda benar-benar mempunyai fizikal yang kuat untuk menjalani beberapa aktiviti seperti berikut ;

1.Mengangkat Pemberat Seberat ;
i. Lelaki – 54 kilogram
ii. Perempuan – 46 kilogram

2.Menjulang dan menegakkan tangga Ajax ;

3.Memanjat tangga penyelamat setinggi 16.5 meter;

4.Memanjat tali setinggi 4.75 meter.

BACA JUGA : Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Bomba Gred KB19

Selamat menjalani ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi Pegawai Bomba Gred KB19.

4 ulasan:

  1. Mohon penjelasan...wajib dada 81cm pemdahuluan?

    BalasPadam
  2. Mohon penjelasan. Mengapakah ujian berkawad tidak di luluskan? Sedangkan saya seorang bekas tentera yang telah berkhidmat selama 16 tahun.

    BalasPadam
  3. Adakah rayuan boleh dibuat setelah gagal dlm ujian memanjat tali..

    BalasPadam
  4. Selpas lulus smua ujian fizikal adkah kita akn dpggl untuk rekrut

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.