Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Perangkaan Gred E19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Perangkaan Gred E19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Perangkaan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Perangkaan E19 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Perangkaan E19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Perangkaan Gred E19


Gaji Pembantu Perangkaan Gred E19 sekitar RM1,353.00 sehingga RM4,005.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Perangkaan pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Perangkaan Gred E19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80).

Jawatan Pembantu Perangkaan Gred E19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Perangkaan Gred E19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Perangkaan seperti di bawah :

Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Penguasa Kastam Gred WK41 2019

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Perangkaa E19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.